Posts

Showing posts from January, 2018

Pantang Keguguran

Image
Assalammualaikum.. Hari ni masuk hari ke-8 berpantang keguguran. Memandangkan saya ni emak dah tak ada, mak mertua jauh dan tak berapa sihat, jadi pantanglah sendiri. Tak jadi masalah sebab masa anak sulung dulu pun, 2 minggu je mak mertua tolong jaga,lepas tu pandai sendirilah jaga pantang sampai 44 hari. Bila pantang keguguran ni orang kata pantangnya kena lebih jaga daripada pantang bersalin tapi saya pantang lebih kurang macam bersalin je. Memang sejak hari pertama dah mula pakai stokin, sapu minyak panas, bengkung, mandi air suam dan makan serba serbi jaga betul2. Bertungku je tak buat sebab ada terbaca, katanya kalau keguguran bawah 12minggu tak perlu bertungku. Bab berurut tu, InshaAllah lepas 2 minggu pantang baru pergi sebabnya nak pergi pun tukang urut tu jauh (serasi dengan tukang urut tu saja),pula memang dah set 2 minggu pantang tak akan keluar rumah. Lauk pantang saya ni buat simple je tapi memang tak tinggal Halia, Kunyit Hidup, Lada Hitam, Bawang Putih, Sawi. Jadi...

PENGALAMAN KEGUGURAN 9 MINGGU 6HARI

Assalammualaikum... Innalillahiwainnailahirrajiun.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Saat saya menaip ini, saya sedang berehat setelah menempuh saat keguguran anak yang sepatutnya menjadi anak nombor 2 menyerikan lagi rumahtangga kami suami isteri. Tiada siapa yang mahu benda ini terjadi tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-Nya. Syukur juga kerana janin ini keluar dengan sendiri dan tak memerlukan DnC atau dicuci yang mana orang menceritakan itu satu proses yang agak menakutkan. Saya akan menceritakan kronologi bermulanya semua ini: 1/1/2018 Tahun baru semua meminta agar perjalanan kisah hidup yang indah dan berjalan lancar namun kita merancang tetapi Allah yang menentukan. Sejak mengandung ni, selepas Subuh biasa saya akan sambung tidur semula tambah cuti tahun baru kan, tak perlu nak bangun siapkan keperluan suami nak pergi kerja. Bangun pagi terasa macam tak sedap hati, turun brownish @ cecair coklat pada panties. Terus ajak suami pe...