Tanda-Tanda Hamil

Assalammualaikum..

Tanda-tanda hamil ni sebenarnya ikut pada pengalaman akulah kan,lebih kurang dengan nak period je sebab apa? Sebab selepas hari ovulasi berlaku, hormon progestrone akan take over pula. Untuk tentukan kita hamil atau tidak, gunalah UPT (Urine Pregnancy Test). Sekiranya anda test tapi still negative, tunggu lagi seminggu ke dua minggu dan test lagi. Hari ovulasi ni boleh berubah2, tu sebab due period kita pun berubah2.

Tapi aku nak cerita di sini tanda-tanda aku alami sebelum test positive. Tanda aku ni lebih kurang je dengan nak period.

1. Krem Ari-ari

Tanda ni memang ketara seminggu sebelum period dah rasa tapi lepas delay pun still rasa krem ari2 ni until 7w pun aku rasa lagi tapi on off lah

2. Discaj keputihan kental warna kuning

Aku memang jarang jumpa keputihan kental warna kuning ni, selalu warna putih je. Kali ni lain sikit,dia macam susu basi tapi kuning sikit. Keluar masa 3 hari sebelum due period. Tapi before tu pun, pernah juga keluar sekali tapi sampai due period, aku period. Tak tau kot masa tu berlaku chemical pregnancy kan coz ada gak buat test sebelum due period, UPT terlalu samar.

3. Rasa sakit pada kedua belah ovari/sebelah ovari

Yang ni memang ketara rasa, krem2 gitu sampai risau apa penyakit lah ni. Tapi tukang urut yang urut aku tu ada bagitau juga kalau sakit2 kat situ tanda nak jadi tu tapi ada sekali aku kena gitu, last period gak. Assume gak lah sebagai chemical pregnancy coz dia sebaris dengan discaj kuning tu.

4. Rasa denyutan pada perut

Ni masa baring, akan tetiba rasa denyutan kat perut siap boleh nampak dia dup dup dup. Anak 1st pun tanda gini juga. Tu pengalaman tanda kehamilan aku lah tu. Hehe..memang bab denyut ni benda tak pernah berlaku pada aku selain mengandung.

5. Kerap kencing

Eh, aku tak taulah awat rajin sangat nak membuang air kecil. Padahal minum macam biasa je tapi banyak sangat plak kencing nak keluar.

Okeylah..aku rasa ini je kot tanda aku tapi yang pasti bila pregnant test double line naik terang,buat dua kali pun terang memang confirm lah pregnant 😅

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN 9 MINGGU 6HARI

Mengandung Semula Selepas Keguguran