Posts

Showing posts from May, 2018

Mengandung Semula Selepas Keguguran

Assalammualaikum semua.. Masa saya menulis ni, kandungan yang baru ni sudah 6 minggu 4 hari dan sejak tahu mengandung dengan UPT double line, belum lagi scan untuk tengok perkembangan baby ni bagaimana. Harap semuanya baik2 saja dan kali ini start dari 5minggu ++ dah mula alahan tapi tak seteruk masa mengandung yang pertama. Saya memang berharap dapat mengandung balik secepat mungkin tapi saya tak terlalu berfikir terlampau berharap tambah dengan kehadiran anak buah (anak abang saya) yang saya jaga sekarang setelah keluar dari hospital. Pada masa itu saya sudah hampir 2 minggu berpantang keguguran. Ujian awal tahun itu bukan saja pada saya tetapi ujian paling terhebat pada abang saya. Kakak ipar saya dimasukkan ke hospital kerana ketumbuhan di bawah hati semasa kandungannya mencecah usia 31 minggu. Anaknya itu terpaksa dikeluarkan secara pembedahan pada usia kandungan 33 minggu 3 hari untuk merawat ibunya namun Allah lebih menyayangi kakak ipar saya,genap 60 hari baby dilahirkan,...