Mengandung Semula Selepas Keguguran

Assalammualaikum semua..

Masa saya menulis ni, kandungan yang baru ni sudah 6 minggu 4 hari dan sejak tahu mengandung dengan UPT double line, belum lagi scan untuk tengok perkembangan baby ni bagaimana. Harap semuanya baik2 saja dan kali ini start dari 5minggu ++ dah mula alahan tapi tak seteruk masa mengandung yang pertama.

Saya memang berharap dapat mengandung balik secepat mungkin tapi saya tak terlalu berfikir terlampau berharap tambah dengan kehadiran anak buah (anak abang saya) yang saya jaga sekarang setelah keluar dari hospital. Pada masa itu saya sudah hampir 2 minggu berpantang keguguran. Ujian awal tahun itu bukan saja pada saya tetapi ujian paling terhebat pada abang saya. Kakak ipar saya dimasukkan ke hospital kerana ketumbuhan di bawah hati semasa kandungannya mencecah usia 31 minggu.

Anaknya itu terpaksa dikeluarkan secara pembedahan pada usia kandungan 33 minggu 3 hari untuk merawat ibunya namun Allah lebih menyayangi kakak ipar saya,genap 60 hari baby dilahirkan,esoknya kak ipar saya telah meninggal dunia dengan diagnosis kanser hati. Semoga kak ipar saya ditempatkan di kalangan orang yang soleh..Aamin.

Perancangan Allah,keguguran saya pada masa itu pasti berhikmah. Mungkin kalau saya tak keguguran masa itu, saya tak dapat membantu abang saya menjaga anak kecilnya itu yang perlukan kasih sayang ibu sementara ibunya di tahan di wad untuk rawatan.

Berbalik pada kisah saya, selepas keguguran, period saya memang agak tak teratur. Selepas 52 hari start keguguran selesai, barulah period pertama menjengah, sepanjang itu juga berlaku spotting yang tak tentu masa. Period pertama datang cantik habis pada hari ke-7 tapi spotting tetap berlaku pada hari ke-17 hingga ke-19.

Saya pun memang tak meletak harapan bila jadi begini,almaklum keadaan begini menunjukkan tanda hormon belum betul stabil tapi saya berserah sajalah sehingga saya jumpa hari subur saya berdasarkan discaj egg white yang banyak pada hari ke-31. Masa itu saya betul2 manfaatkan waktu 'bersama' suami, sekadar mencuba sekiranya tak lekat pun tak kecewa dan lekat sudah pasti rasa syukur sangat pada kehadiran rezeki ini.

Bersambung part ii

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN 9 MINGGU 6HARI

Tanda-Tanda Hamil