Posts

Mengandung Semula Selepas Keguguran

Assalammualaikum semua.. Masa saya menulis ni, kandungan yang baru ni sudah 6 minggu 4 hari dan sejak tahu mengandung dengan UPT double line, belum lagi scan untuk tengok perkembangan baby ni bagaimana. Harap semuanya baik2 saja dan kali ini start dari 5minggu ++ dah mula alahan tapi tak seteruk masa mengandung yang pertama. Saya memang berharap dapat mengandung balik secepat mungkin tapi saya tak terlalu berfikir terlampau berharap tambah dengan kehadiran anak buah (anak abang saya) yang saya jaga sekarang setelah keluar dari hospital. Pada masa itu saya sudah hampir 2 minggu berpantang keguguran. Ujian awal tahun itu bukan saja pada saya tetapi ujian paling terhebat pada abang saya. Kakak ipar saya dimasukkan ke hospital kerana ketumbuhan di bawah hati semasa kandungannya mencecah usia 31 minggu. Anaknya itu terpaksa dikeluarkan secara pembedahan pada usia kandungan 33 minggu 3 hari untuk merawat ibunya namun Allah lebih menyayangi kakak ipar saya,genap 60 hari baby dilahirkan,...

Pantang Keguguran

Image
Assalammualaikum.. Hari ni masuk hari ke-8 berpantang keguguran. Memandangkan saya ni emak dah tak ada, mak mertua jauh dan tak berapa sihat, jadi pantanglah sendiri. Tak jadi masalah sebab masa anak sulung dulu pun, 2 minggu je mak mertua tolong jaga,lepas tu pandai sendirilah jaga pantang sampai 44 hari. Bila pantang keguguran ni orang kata pantangnya kena lebih jaga daripada pantang bersalin tapi saya pantang lebih kurang macam bersalin je. Memang sejak hari pertama dah mula pakai stokin, sapu minyak panas, bengkung, mandi air suam dan makan serba serbi jaga betul2. Bertungku je tak buat sebab ada terbaca, katanya kalau keguguran bawah 12minggu tak perlu bertungku. Bab berurut tu, InshaAllah lepas 2 minggu pantang baru pergi sebabnya nak pergi pun tukang urut tu jauh (serasi dengan tukang urut tu saja),pula memang dah set 2 minggu pantang tak akan keluar rumah. Lauk pantang saya ni buat simple je tapi memang tak tinggal Halia, Kunyit Hidup, Lada Hitam, Bawang Putih, Sawi. Jadi...

PENGALAMAN KEGUGURAN 9 MINGGU 6HARI

Assalammualaikum... Innalillahiwainnailahirrajiun.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Saat saya menaip ini, saya sedang berehat setelah menempuh saat keguguran anak yang sepatutnya menjadi anak nombor 2 menyerikan lagi rumahtangga kami suami isteri. Tiada siapa yang mahu benda ini terjadi tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-Nya. Syukur juga kerana janin ini keluar dengan sendiri dan tak memerlukan DnC atau dicuci yang mana orang menceritakan itu satu proses yang agak menakutkan. Saya akan menceritakan kronologi bermulanya semua ini: 1/1/2018 Tahun baru semua meminta agar perjalanan kisah hidup yang indah dan berjalan lancar namun kita merancang tetapi Allah yang menentukan. Sejak mengandung ni, selepas Subuh biasa saya akan sambung tidur semula tambah cuti tahun baru kan, tak perlu nak bangun siapkan keperluan suami nak pergi kerja. Bangun pagi terasa macam tak sedap hati, turun brownish @ cecair coklat pada panties. Terus ajak suami pe...

Nasib Seller Online @ Dropshipper

Assalammualaikum.. Terasa nak bercerita pengalaman nasib sebagai seller online a.k.a dropshipper. Okey, sedia maklum dropshipper ni tugasnya ambil order dan mark up harga sendiri dari harga yang diberi oleh supplier. Normally untung dropshipper boleh buat pun untuk satu barang dalam RM5 ke RM10 walaupun harga barang tu mahal ke murah ke,itulah harga keuntungan satu barang pun dapat nak mark up tambah bersaing dengan dropshipper yang lain. Ini bagi yang menjual barang supplier yang supplier tak tetapkan harga lah. Dropshipper ni memang tak pegang stock,tugasnya hanya iklan dan ambil order customer kemudian submit order customer selepas membuat pembayaran dan supplier akan terima order beserta bayaran berapa harga barang yang supplier bagi tu, untung kita dah ambil siap2. Risikonya bila kita tak pegang stock,kita pun tak tahu condition barang tu bagaimana, hanya berdasarkan pada gambar ilustrasi yang disediakan oleh supplier. Jadi perlu ingatkan ya pada customer akan perihal ini. K...

Tanda-Tanda Hamil

Assalammualaikum.. Tanda-tanda hamil ni sebenarnya ikut pada pengalaman akulah kan,lebih kurang dengan nak period je sebab apa? Sebab selepas hari ovulasi berlaku, hormon progestrone akan take over pula. Untuk tentukan kita hamil atau tidak, gunalah UPT (Urine Pregnancy Test). Sekiranya anda test tapi still negative, tunggu lagi seminggu ke dua minggu dan test lagi. Hari ovulasi ni boleh berubah2, tu sebab due period kita pun berubah2. Tapi aku nak cerita di sini tanda-tanda aku alami sebelum test positive. Tanda aku ni lebih kurang je dengan nak period. 1. Krem Ari-ari Tanda ni memang ketara seminggu sebelum period dah rasa tapi lepas delay pun still rasa krem ari2 ni until 7w pun aku rasa lagi tapi on off lah 2. Discaj keputihan kental warna kuning Aku memang jarang jumpa keputihan kental warna kuning ni, selalu warna putih je. Kali ni lain sikit,dia macam susu basi tapi kuning sikit. Keluar masa 3 hari sebelum due period. Tapi before tu pun, pernah juga keluar sekali tap...

Pengalaman Mengandung Anak Kedua

Assalammualaikum Firstly, ini penulisanku yang pertama dalam blog. Actually tak tau pun camna nak berblog ni tapi sajalah nak cuba menulis pengalaman kalau2 ada yang sudi nak baca. Kikiki.. Okey,berbalik pada tajuk utama nak cerita pengalaman mengandung anak kedua ni tapi masa menulis ni kandungan baru 7w6d, masih dalam trimester 1. Kandungan kali ni memang berbeza dengan yang sulung. Apa yang bezanya masa scan yang sulung, 5w5d dah nampak kantung dia bulat cantik je memang tak lari due birth dia tapi yang kedua ni masa scan kat klinik kandungan 5w3d memang tak nampak lagi kantung tapi masa buat buku kat KK masa 6w4d,doc scan baru nampak kantung dengan kiraan week 4w2d sedangkan aku memang confirm conception berlaku hari yang ke-18 lebih kurang sama macam yang sulung tu conception masa hari ke-17. Acaner aku tahu? Biasalah,aku ni dulu yang sulung tu TTCian setahun, jadi adalah belajar sedikit sebanyak ilmu kesuburan ni. Kikiki.. Selain itu bezanya juga, yang sulung start 6w dia...