Nasib Seller Online @ Dropshipper

Assalammualaikum..

Terasa nak bercerita pengalaman nasib sebagai seller online a.k.a dropshipper. Okey, sedia maklum dropshipper ni tugasnya ambil order dan mark up harga sendiri dari harga yang diberi oleh supplier. Normally untung dropshipper boleh buat pun untuk satu barang dalam RM5 ke RM10 walaupun harga barang tu mahal ke murah ke,itulah harga keuntungan satu barang pun dapat nak mark up tambah bersaing dengan dropshipper yang lain. Ini bagi yang menjual barang supplier yang supplier tak tetapkan harga lah.

Dropshipper ni memang tak pegang stock,tugasnya hanya iklan dan ambil order customer kemudian submit order customer selepas membuat pembayaran dan supplier akan terima order beserta bayaran berapa harga barang yang supplier bagi tu, untung kita dah ambil siap2.

Risikonya bila kita tak pegang stock,kita pun tak tahu condition barang tu bagaimana, hanya berdasarkan pada gambar ilustrasi yang disediakan oleh supplier. Jadi perlu ingatkan ya pada customer akan perihal ini. Kalau supplier sediakan real picture sama, tunjukkan pada customer real picture,jika tidak memang kenalah dengan customer yang jenis suka nak sound ni atau cara lain adalah dengan menyediakan term and cond,save term and cond tu siap2 lepastu bila dah deal tu copy dan paste pada customer sebelum mereka buat pembayaran menyatakan setuju dengan term and condition tu.

Risiko lain juga condition kerosakan barang itu tapi biasa supplier tak aniaya agent/dropship mereka, mereka akan cek condition barang tu sebelum pos cuma customer je ada sesetengah suka aniaya seller. Barang rosak di tangan dia tapi tuduh dapat barang rosak. Begitu juga risiko bila dah pos barang, seller jugalah jadi mangsa nak menjawab bila barang lambat dapat sedangkan tracking number dah beri. Courier/Pos Laju lambat hantar, seller juga kena. Itu belum lagi bila supplier pula tetiba tak dapat pos pada hari yang sama, seller juga kena.

Nasib seller online a.k.a dropshipper tak semua untung ya,rugi toksah cakap berapa dah rugi tambah bila supplier jenis yang jawap mudah saja, 'kami dah cek sebelum pos semua dalam keadaan baik, sekiranya berlaku disebabkan oleh handling courier, itu bukan disebabkan oleh kami'. Pastu kau nak cakap apa lagi? Pandai kau sendiri nak settle camna dengan customer. Bila kau lepas tangan, yang dapat busuk nama adalah bisnes kau tambah kalau customer yang jenis sikit2 nak viral.

For me, mahu atau tidak, korbankanlah juga duit sendiri beli baru dan ganti baru walaupun tahu customer tu sendiri yang menyebabkan barang tu rosak semasa mereka memasang part2 barang tu. Bukan susah nak detect penipuan orang ni tapi apa boleh buat, jika mereka aniaya, tunggu jelah kifarah Allah tu ada. Selalu kalau time tu duit untung pun belum banyak lagi, suamilah jadi mangsa kena bantu isteri ni,terima kasih suamiku dunia akhirat. Apa boleh buat, isteri hanya surirumah,bisnes online jadi dropshipper.

Persaingan ni orang kata bagus,persaingan sihat tapi dalam ekonomi tak sihat ni, semua orang nak cari duit lebih, hampir semua menjual, dah tu sapa nak membeli? Tambah sekarang nak menjual bukan susah pun, mahu dengan tidak je. Jadi persaingan tu semakin sengit, lagi sengit bila supplier pun menjual,jual harga borong lagi pada customer walau beli satu barang dapat harga borong. Kalau begitu, buat apa wujudkan dropship? Tu baru jumpa satu supplier ni jelah, supplier lain tak ada lagi. Konsep rezeki masing2 memang betul tapi kesianlah bilis nak bersaing dengan jerung macam tak adil.

Begitulah serba sedikit pengalaman nasib seorang seller a.k.a dropshipper ni. Bertabah sajalah, kalau rasa dah give up, jalan mudah berhenti dari meneruskan dan cuba bidang niaga lain pula. Pada me yang memang tak lagi pandang kerja makan gaji walau ada degree universiti awam sebab nak fokus besarkan anak sendiri depan mata sendiri 24jam sehari, jalan nak bantu suami dengan cara berniaga inilah buat tambah2 duit dapur.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN 9 MINGGU 6HARI

Tanda-Tanda Hamil

Mengandung Semula Selepas Keguguran