PENGALAMAN KEGUGURAN 9 MINGGU 6HARI
Assalammualaikum...
Innalillahiwainnailahirrajiun..
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Saat saya menaip ini, saya sedang berehat setelah menempuh saat keguguran anak yang sepatutnya menjadi anak nombor 2 menyerikan lagi rumahtangga kami suami isteri. Tiada siapa yang mahu benda ini terjadi tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-Nya. Syukur juga kerana janin ini keluar dengan sendiri dan tak memerlukan DnC atau dicuci yang mana orang menceritakan itu satu proses yang agak menakutkan.
Saya akan menceritakan kronologi bermulanya semua ini:
1/1/2018
Tahun baru semua meminta agar perjalanan kisah hidup yang indah dan berjalan lancar namun kita merancang tetapi Allah yang menentukan. Sejak mengandung ni, selepas Subuh biasa saya akan sambung tidur semula tambah cuti tahun baru kan, tak perlu nak bangun siapkan keperluan suami nak pergi kerja. Bangun pagi terasa macam tak sedap hati, turun brownish @ cecair coklat pada panties. Terus ajak suami pergi klinik, kandungan masa itu 9 minggu 1 hari. Cuti tahun baru, klinik kawasan kami pusing semua tutup. Akhirnya ambil keputusan ke hospital bahagian kecemasan. Sampai kecemasan, mereka suruh ke bahagian Pendaftaran Dewan Bersalin @ PAC. Di situ saya inform pada kaunter masalah yang saya hadapi,mujur masa 6minggu lebih,saya dah buka buku pink d KK. Saya diminta tukar kain dan berbaring di katil. Masa tu yang attend saya doktor lelaki, dia soal siasat saya semua kemudian barulah mereka cek bawah saya dengan alat seperti muncung itik untuk kesan keluarnya coklat tersebut, kemudian saya dibawa ke bilik scan pula. Di situlah terjawab segalanya walaupun doktor yang scan saya tu masih beri saya harapan. Doktor scan melalui bawah dan katanya, janin saya ada cuma kecil dari usia sebenar dan doktor tak menemukan sebarang heartbeat. Pada ukuran janin adalah 7minggu 5 hari sedangkan saya sudah jangkau 9 minggu 1 hari. Doktor kata mungkin ovulasi saya berlaku lambat, jadi doktor sarankan untuk tengok 2 minggu lagi.
2/1/2018
Saya letak harapan lagi walaupun hakikat saya tahu macam tak ada harapan. Saya fikir nanti berhentilah brownish tu tapi sangkaan saya meleset, masih keluar seperti biasa walaupun tak banyak dan kelihatan pula fresh blood, hati bertambah risau. Saya berbelah bahagi nak ke hospital atau tidak tapi saya batalkan hasrat bila saya lihat brownish semula.
3/1/2018
Lebih kurang pukul 10 pagi, saya terasa macam tak selesa kat bawah,dan ambil kain lalu kesat cairan tu. Allahuakbar, darah merah hati yang cair keluar. Saya rasa kali ni kena juga ke hospital,saya beritahu suami dan dia bergegas balik dari tempat kerja untuk bawa saya ke hospital. Sampai hospital di PAC daftar, nurse kaunter suruh naik ke EPAU. Di situ saya masuk bilik scan dan datang doktor lelaki cina, beliau mula scan saya dari bawah dibantu nurse. Katanya setakat apa dia lihat,baby still no heartbeat dan masih kecil kemudian di tepi kantung baby tu ada darah beku. Beliau beri 2 pilihan samada terus DnC pada hari itu atau tunggu lagi 2 minggu date yang doktor sebelum ni bagi. Saya pilih untuk tunggu tapi bukan berharap cuma saya katakan untuk saya bersedia sebab saya ada anak sulung yang masih perlu saya fikirkan mana nak tinggalkan sekiranya suami saya kena masuk berurusan bila saya kena tahan wad tu nanti. Namun saya tetap juga bertanya sekiranya masih ada harapan tapi beliau menjawab, harapan terlalu tipis. Saya pulang semula ke rumah dengan perasaan yang berkecamuk.
4 & 5/1/ 2018
Dua hari ini perasaan saya macam2, adakala sedih adakala saya rasa sudah redha. Saya baca blog2 yang pernah alami keguguran ini. Ini pengalaman saya yang pertama, saya tak tahu apa yang saya nak hadapi, ketakutan melalui keguguran dan DnC jika akhirnya itu jalan terakhir kena tempuh juga. Saya baca ada yang menakutkan, darah yang banyak dan pendarahan sehingga pitam semua. Ada yang cerita sakitnya lebih sakit dari sakit bersalin, sehingga saya menangis baca pengalaman mereka semua. Itu yang janin turun sendiri, belum yang DnC lagi. Subhanallah, beginikah situasinya. Saya terfikir bagaimanalah situasi saya nanti bila berlaku ini, suami saya di tempat kerja dan hanya saya bersama anak 2 tahun melaluinya saat menunggu suami saya dalam perjalanan balik ke rumah. Kadang saya letak harapan degupan jantung baby ada semula tapi akhirnya saya redha bila saya teringat doktor kata ada darah beku di sekeliling kantung baby dan harapan adalah tipis. Saya berdoa selepas solat moga Allah permudahkan urusan saya dan saya redha dengan ujian ini. Saya pujuk baby walau belum ditiupkan roh lagi tapi saya anggap bercakap bagaikan dia mendengar. Saya minta agar baby keluar dengan mudah. Setiap kali saya baca zikir, istighfar dan doa nabi yunus, lailaha illaantasubhanakainnikuntu minazzalimin agar semua dipermudahkan.. Saya dah rasa ngilu2 di bahagian bawah tapi tak sakit, saya tidur moga esok saya akan lalui proses semua dengan mudah. Saya tak nak layan rasa ngilu yang sedikit.
6/1/2018
Pukul 5 pagi, saya sudah terasa seperti senggugut tapi senggugut ni tak kuat. Walaupun dah besar ni saya tak ada senggugut tapi masa baru nak masuk usia anak dara, saya pernah alami senggugut yang kuat, jadi pada saya senggugut ni biasa belum kuat lagi. Suami pun terjaga bila lihat saya resah tapi saya takut nak bangun dari pembaringan, saya takut yang keluar tu nanti bagaimana bentuknya. Saya cuma terasa macam cairan darah tu dah keluar macam tak tertahan lagi. Saya kuatkan juga hati untuk ke bilik air ditemani suami. Suami dan anak memang sama2 terjaga waktu tu dan mereka memang bangun untuk bersiap bawa saya ke hospital. Bagusnya anak sulung saya ni bangun tanpa ada masalah, dia rasa macam bangun pagi je, mungkin malam tadi dia dah puas tidur pula dia tidur awal. Sampai bilik air saya cangkung saja, terus turun darah pekat agak kenyal bersama kantung. Kantung tu seperti putih telur tapi saya takut nak ambil sendiri, saya meminta suami saya ambil dan bawa masuk plastik untuk bawa bersama ke hospital. Saya bersiap serba sedikit dan bergerak ke hospital.
Sampai hospital bahagian PAC, sakit masih boleh tahan, memang skala sakit pada saya masa tu dalam 1/10 skala saja. Saya beritahu kaunter dan nurse minta tunjuk apa yang keluar itu. Suami diminta pergi mendaftar dahulu dan saya diminta tukar kain dan baring di katil. Selang 15 minit datang doktor bertanyakan serba sedikit soalan kemudian doktor minta diri untuk solat subuh sebentar. Saya okey saja sebab saya dalam keadaan stabil. Sementara menunggu doktor habis solat, saya turun katil dan pergi tandas untuk membuang air kecil. Saya fikir bila kantung dah keluar semua settle tapi rupanya semasa saya buang air kecil di mangkuk tandas, tiba2 bunyi #plup#! Tapi saya tak tahu apa yang dah keluar,mangkuk tandas pun dah berair darah yang turun, saya terus flush.
Sampai saja doktor, saya beritahu perihal di tandas tadi. Doktor tepuk dahi sambil tersenyum. Saya sendiri tak tahu nak ambil bagaimna benda yang jatuh tu dan tak nampak apa yang jatuh dalam mangkuk tandas tu. Doktor kemudian memaklumkan dia akan memasukkan alat ke dalam vagina untuk cek keadaan rahim sekiranya ada sisa yang tertinggal dan memasukkan jarinya untuk cek rahim sekiranya masih ada bukaan atau sudah tertutup.
Semasa prosedur dijalankan tidaklah menyakitkan kerana ketenangan kita sendiri yang penting semasa prosedur tu berjalan cuma agak ngilu sedikit tapi ia tak ambil masa yang lama. Bila doktor puas hati rahim dah tertutup dan tiada sisa yang tinggal, barulah last akan ke bahagian scan untuk ultrasound bagi melihat rahim samada sudah benar-benar bersih dari sebarang sisa. Doktor juga menunjukkan pada screen keadaan rahim saya yang telah pun kosong dan menasihati supaya sekiranya demam atau berlaku pendarahan yang banyak pada masa tempoh 44 hari itu untuk segera ke hospital.
Akhirnya saya dilepaskan balik dan diminta meneruskan mengambil folic acid yang dibekalkan bersama,juga di minta sebolehnya untuk mengandung kembali selepas 6bulan bagi memastikan rahim betul2 kuat.
Alhamdulillah,syukur pengalaman gugur ini tidaklah ngeri seperti yang diceritakan oleh sesetengah blog dan apa yang saya boleh katakan,pengalaman setiap orang pun berbeza, jangan takut nak hadapi jika ini berlaku pada anda. Doa minta Allah permudahkan segala urusan.
-SELAMAT BERPANTANG BUAT DIRIKU-

Sy pon lalui benda sama sekejap tadi. Terus goggle untuk tengok pengalaman orang. Sis, boleh share cara berpantang untuk keadaan sis? Sy pon 9minggu 6hari. Janin kecik macam 5minggu. Takde heartbeat.
ReplyDeleteno fetal heart masa 8 weeks? kenapa sis kena admit masa tu? sy baru lepas scan baby dlm 7weeks lbh tp still xde heartbeat. doc ckp maybe x menjadi: so kena tggu lg 2 mggu then baru boleh decide. moga lps 2 mggu nampak lah baby punya heartbeat.
Delete